Sunday, 18 September 2011

How to heal your broken heart

Tajuk nak yakin je..macam confirm2 dapat heal hati yang terluka itu.cess.broken heart datang dari byk sumber..mungkin hati kau hancur bila jejaka pujaan kau selama ini ngorat kakak kau instead of ngorat kau..atau mungkin jua broken heart kau itu disebabkan oleh baju kegemaran kau kini tidak lagi boleh dipakai kerana faktor kenaikan lemak dikawasan tertentu dan sebagainya.tapi yang aku nak cite ni pasal kalau broken heart kau itu datangnya dari hubungan cinta yang tak kesampaian.isk..

Tak kira kau atau pasangan kau yang mintak break..ia tetap menyakitkan..lagi lagi bila takde gaduh hangin ape tetibe je bf/gf kau tu mntak break.mesti terasa macam nak berlari dalam hujan, lalu terjatuh ke tanah dan terus mengeluh 'mengapa mesti aku yang disakiti..' sambil air mata laju membasahi pipi.damn.gelabah nak mampus ayat.

Demi untuk tak membuang masa lagi, mari kita sama2 renungkan apa yang dapat dilakukan untuk sedikit sebanyak mengubati hati yang luka itu. Ini dah macam ayat ahli motivasi.sumpah aku ni krisis identity.takpe.abaikan hal itu buat masa sekarang.mari teruskan bebelan ini..*sambil mata jeling tension pada diri sendiri di cermin*

1. Doa

Aku rasa bagi umat manusia yang beragama Islam, nilah yang paling afdal utk kau lakukan. Doa la apa sahaja yang kau hajatkan and terlintas kat kepala.Doa nak tenang hati ke, nak suruh bf kau datang balik kat kau ke..apa2 jelah..Doa bebanyak and jangan berhenti.Dengar cam cliche gila bila orang cakap 'zaiton..doa lah banyak2.insyaAllah dapat yang lagi baik nanti'. tapi memang betul weih.kau takkan tau the power of doa sampai lah kau experience sendiri keajaiban yang datang berkat doa kau tu.

2. Jangan poyo mengimbau kenangan lama kauorang.

Time2 dah break ni pulak kau nak bukak kotak ajaib yang kau simpan semua khazanah2 lama selama korang bersama kan..Dari hadiah paling gempak seperti fridge magnet dari sabak bernam sampai ke tisu pertama dia lap peluh pun kau simpan lagi.pergh taksub gila kau ni.kah3..sebaik2nya, kalau kau btol2 nak move on, buang lah semua kenangan2 yang ada.kalau mahal gila pun barang yang dia bagi, simpan lah jauh2 dari pandangan mata kau.tapi jangan hangat2 taik ayam plak.hari ni kot dah bersusah payah simpan dalam stor tukang bapak kau, siap letak dalam kotak besi paling hujung, balut dengan surat khabar 40 keping bagai..tak sampai 2 hari kau dah gedik gi bukak balik.kalau gitu lah perangai kau, dinasihatkan kau pelangkung lah diri sendiri.

3. Menangis puas2.tapi jangan sampai keluar darah please.

Orang tua2 selalu cakap 'haa...kau kalau dah terkena nanti, .menangis air mata darah pun tak guna'.apekah air mata darah?camane kah rupanya?tapi takpe, sekarang bukan masanya untuk mendebatkan words yang di ciptakan oleh falsafah zaman purba itu.Bagi aku, bagus untuk kau let go segalanya dengan menangis.It'll make you feel better.seriously.Tapi seminggu dua cukuplah, jangan sampai berbulan pulak.apa kau nak jadi kassim selamat?

4. Make yourself busy

Buat apa yang termampu untuk buat hari2 kosong kau tu content.Hang out dengan parents or kawan2 seperjuangan, buat kerja sukarela seperti menyelamatkan penyu2 yang kian pupus dan aktiviti2 yang seangkatan dengannya.Kalau kau kerja pulak, time nilah nak buat OT kaw2 and simpan duit.tapi jangan sampai mengabaikan kesihatan kau plak.

5. Don't stick to your old routine

Kalau dulu sebelum tido kau menatap wajah bf kau dalam gambar, lalu menciumnya dan memeluk gambar itu sehingga ke pagi..kini tiada lagi rutin sengal itu.kau kena move on dengan rutin sengal yang lain seperti mencium bau vicks sampai tertido.kah3..memang sengal rutin tu.taklah kau kena buat camtu..mungkin kau boleh ganti ngn rutin yang lain seperti menghafal surah2 pendek yang kau tak hafal masa PAFA form 5 dulu..kalau dulu tetiap hujung minggu gi tengok wayang sambil makan baskin robbins, sekarang dah kena tuka rutin baru..boleh tuka pulak dengan kemas rumah, basuh kereta, karaoke sampai habis suara dalam jamban mandikan kucing kau yang dah 4bulan tak mandi..bla..bla..bla...

6.Manjakan diri kau

Kalau dulu perhatian terbahagi kepada dua, iaitu kau dan dia..sekarang hanya tinggal diri kau sahaja.kalau dulu time nak shopping kena bahagikan masa dua jam cari barang kau, dua jam cari barang dia..sekarang semua masa untuk diri kau je.so kau boleh manjakan diri kau sebaik2nya..maksud aku memberi perhatian kepada diri sendiri sahaja tanpa perlu risau perasaan orang lain.bolehlah kau nak spa atau facial sampai 4 jam ke..atau nak buat rambut dread lock yang amik masa sampai 3jam lebih tu.semua tu dah takde hal sekarang.

7. Be Happy!

ceriakan diri kau kawan..kalau kau sedih pun..ade ke dia kisah?kau je yang merana sorang2..so you better be happy.tunjuk kat dia yang kau leh happy even tanpa dia.biar dia rasa dia yang kehilangan kau.

akhir kata dari aku.eh, macam surat kiriman tak rasmi time PMR..anyway..cakap macam senang..orang yang merasa tu yang tau camane sakitnya kena tinggal atau meninggalkan..tapi semuanya kena dilalui jugak kan.sampai bila kau nak duduk je termenung mengenang nasib?aku nak bagi 1 ayat yang aku terbaca kat satu buku.. 'It's a break UP, it's not a break DOWN'.so, cubalah meng'UP'kan diri kau ya!

10 comments:

  1. good one na! hahaha

    praying for a happy ending utk mek nun, insya Allah

    amni

    ReplyDelete
  2. yeah.she deserve someone far wayyyy better!

    ReplyDelete
  3. cinta pasti U-turn..oohooiii

    ReplyDelete
  4. tidurla yg paling mujarab~kehkehkeh

    p/s: ada word verification lah..buang la elok..kalau x reti bukak tab 'tutorial' kt blog gua k.. :)

    ReplyDelete
  5. budakampung~nk tido bape lame doh..pling lama pn 19 jam..pastu bgn.

    ReplyDelete
  6. good one erna.. ;) blaja dr pengalaman eh.. ;p

    ReplyDelete
  7. haha..aku dedicate utk makcik ainun neh.

    ReplyDelete
  8. yup..pasti..klu xleh nk U-turn, myb die potong dr lane kanan kt tmpat yg double line..haha.ala..cinta ni satu benda yg mistik n rahsia la sis..cinta ni lumrah n anugerah dr Allah..so, klu broken heart pon, jp je..t dtg yg baru or yg lme u-turn blik..in case klu bkn kte la yg pedajjalkn percintaan kte ngn pasangan..
    p/s:pe yg dk mengarut pon talak tau..pape pon gudluck in your life my friend..peace,love n harmony..

    ReplyDelete
  9. The best one erna... follow sini... fuzah x smbung master pun la... hehe.. :-)

    ReplyDelete