Sunday, 28 December 2014

Assalamualaikum.

Hai.

Aku currently tengah semak kepala buat assignment terakhir (hopefully) untuk master aku. Macam manusia yang lain jugak, bila dah paling last ni la time yang otak jadi paling lembeb sekali nak menghadam journal dan type even 1 sentence. Ada masa, 10 ayat aku taip, 15 ayat aku delete balik. Selalunya bila terjadi symptom writer's block ni aku akan layan lagu lagu hindustan yang sedih sedih. Tapi lately aku perasan lepas dengar lagu lagu Hindustan tu mood aku bertambah merudum, jadi aku channel kan ia kepada sesuatu yang lain. Iaitu tengok benda benda lawak. 

Seminggu lepas aku terjumpa buku ni. Dia based on jawapan jawapan student dalam exam. Memang mengharukan jawapan dia semua. takde kaitan lansung dengan soalan. Wahaha. Tapi kalau aku jadi cikgu diorang, aku akan bagi A untuk creativity. 





Yang last tu paling tak boleh blah. Koajaq dia associate kan Malays dengan Malaria. Hahaha. Apekah dia tak tau Malays sekarang ada penyakit lagi teruk dari penyakit Malaria?

Penyakit MalasMembaca-BelagakPandai-BuatKesimpulanSendiri-HentamOrangMembabiButa

Ya. Penyakit paling kronik di Malaysia buat masa ini. Haih.

Apa apa pun, kepada sesiapa yang masih student seperti aku, lets beat our malas and don't give up!


Friday, 28 November 2014

Ketidaksyukuran

Dalam gemerlapan pesta cahaya,
Tetap kau tak nampak sinar dia,
Sebab hati kau gelap gelita.

Dalam pada macam macam daya usaha,
Satu pun kau rasa tak kena cara,
Tak kena jiwa,
Sebabnya kau memang dah tak suka.

Bila orang buat A kau kata tak guna,
Bila buat B kau rasa buang masa,
Eh.....
Kau nak apa sebenarnya celaka?

Friday, 10 October 2014

No, it is not funny.

Aku adalah seorang yang selow. No no. Scratch that. Aku adalah seorang yang sangat selalu bertangguh. Bertangguh tahap kritikal gaban. Kalau kunci jam pukul 6 pagi, aku akan snooze setiap 5minit sampai lah 6:45. Amek kaw. Snooze sampai 9kali. KRITIKAL, kan? Pastu bangun marah semua orang dan benda. Sampai time sikat rambut pun boleh marah kat rambut sebab taknak berkerjasama dengan sikat. "Woi rambut, jangan degil boleh tak? Ikut jelah sikat tu. Aku dah lambat TAHU TAKK??!!"
...................................................................................................................................................................
vudus.

Tapi semakin bertambah umur aku rasa procrastination tu adalah perkara paling merugikan dalam dunia. So aku lawan semua perasaan nak bertangguh tu. Dan latihan paling best sekali untuk melawan perangai bertangguh ni adalah, solat di awal waktu. Masuk je waktu, terus solat. Itu la yang aku cuba buat. Dan masih cuba untuk buat. kekadang masih terkeluar landasan. Tapi, pelan pelan lah kayuh. Kata sahabat aku, lebih bagus berubah slow-slow tapi istiqamah. 

Tapi aku cukup tak boleh terima kalau orang saja buat-buat lambat. Janji jam 9 pastu sampai pukul 11. Dan lepas tu boleh pulak buat statement. "Ala biasalahhh..janji melayuuu. kehkehkeh.."

Tak, bang. TAK LAWAK.

Tuesday, 30 September 2014

January, 2014.

Selasa, 21st January 2014

Bertalu talu bunyi whatsapp aku. tak benti benti. Almaklumlah Malaysia 12 tengahari, orang tengah melayan lapar nak tunggu lunch. Berkat semangat busy body aku ni, aku pun gagahkan mata and bukak fon. Nak jugak tau topik ape yang hangat sangat ni. Apekah Amerika syarikat dilanggar todak seperti Singapura berpuluh tahun dahulu? Satu satu ayat aku baca sekilas pandang, dan hipotesis US dilanggar todak tadi nampaknya tak tepat. Dalam berjela2 ayat tu, aku dapat tangkap 1 ayat yang paling pedepoww sekali. 1 ayat je, yang mata aku terus segar. "korang suami aku dah takde, korang tolong sedekahkan fatihah". Aku terkaku terus. Tangan tak bergerak, mata tak berkelip, 'biar benar', tu je aku mampu cakap, itu pun dalam hati. Dalam 5minit jugak la aku terdiam gitu je, takde perasaan. Suami aku bangun tanya apehal. 'Suami zira dah takde', tu je aku jawab and time tu baru aku sedar 'this is no joke man. this is real.' Terus ayaq mata meleleh tak hengat, selebat embun winter kat bumi glasgow ni. 

Dalam keadaan jet lag pukul 5 pagi, aku angkat wudhu, solat sunat and sedekahkan Yassin. Tak mampu ape dah. nak reply whatsapp pun takleh pikir ayat. Allah Allah Allah, tu je aku ulang ulang dalam hati. Dah rasa macam konfiden sikit baru aku atur ayat satu satu untuk sahabat aku ni, bagi ayat yang konon konon nak bagi dia kekuatan. Dalam pat ploh kali jugak aku type-delete type delete. Selain berdoa supaya dia diberi kekuatan, aku juga berdoa semoga aku diberi kepetahan untuk keluarkan kata2 yang mampu meredakan kesedihan dia. Tapi aku tahu, sepatah pun tidak. Apa je yang ada untuk kau cakap pada someone yang kehilangan orang tersayang? Tak ada apa. Nothing~Period. 

Dah Allah janjikan, yang hidup pasti akan mati. Tapi kita jarang jarang sekali bersedia, sampailah ia terjadi dalam lingkungan orang orang terdekat. Dah Allah janjikan, 'yang paling dekat dengan kamu adalah kematian', tapi jarang jarang sekali kita jaga amalan, seolah olah mati tu boleh tunggu sampai Malaysia capai wawasan 2020 6tahun lagi. 

Kematian tu satu pengajaran insaf terhebat, malangnya kita manusia, bersedih cuma seminit dua, menangis sebulan dua, insaf sesaat dua, and that's it. Kita ni semua manusia alpa, jom lah start beringat sama sama. 

Buat sahabat aku, H.A Minhat, doa untuk kau terbentang sentiasa, moga moga Allah hilangkan semua duka. 

Buatmu sahabat, Ahmad A.H Yaacob, Alfatihah. 
Jumpa di syurga, moga moga aku juga layak ke sana.

Friday, 26 September 2014

Satu tahun kemudian.

Kata orang, banyak perkara boleh berubah dalam sesaat. Accident selalunya berlaku in a matter of seconds, talak dijatuhkan sang suami kepada isteri terjadi in a blink of an eye, jatuh cinta kadangkala terjadi dalam tempat2 tak boleh diharap (we fall in love in a hopeless place bak kata Rihanna) in a matter of 2 minutes. Itu dalam jangka masa 1 saat hingga ke dua minit, Kalau setahun? Dah boleh beranak pinak dalam masa setahun kau tahu!

Post pertama selepas setahun nampaknya lebih menjurus kepada marah kat diri sendiri sebab being pemalas harem untuk update even sepatah ayat dalam blog. Apekah kenerakaan ini? (what the hell is this?). Ceyyy..mentang2 berada di Glasgow sekarang, semua pun nak translate English. Hikhikhik.

Ya. Banyak perkara major yang berubah dalam hidup aku selepas setahun.I got married. I further my study in Msc in Geomatics and Management in University of Glasgow. Aku dianugerahkan thesis terbaik. Aku dah terer skiing. Dan aku dapat offer untuk berkerja dengan Fugro, salah sebuah company global yang best. Yeah.Life has been good. Alhamdulillah.

Well, scratch the last three sentences, Dua ayat pertama je yang serious. Yang lain tu angan angan sahaja. Kwangkwangkwang. Walaubagaimanapun, kalau jadi betul betul pun cantek jugak.

Cerita majlis kahwin dah hampir tak valid untuk dipersembahkan kat sini. Belum ada mood nak gebang. Next time, maybe.

Plan sambung master tak disambut dengan keterujaan pun pada awalnya. Aku cuma macam cakap kosong 'nak sambung master ah kat UK. pastu boleh jalan kat Europe.. Pastu boleh sambut anniversary kat Paris bajet rozita che wan pastu boleh bla.. bla.. bla.. '. Nampak sangat kau sebenarnya nak berjalan kan, bukan sepenuh hati nak belajar. Tapi kalau dah nama rezeki Allah nak bagi.. angan2 paling mat jenin sekali pun tertunai juga. Tapi memang preparation last minute sangat lah dan aku pun dah missed seminggu kelas.Aku siap dapat warning by email berbunyi begini 'kalau by Friday ngko tak sampai, baik ngko datang semester depan, ngko ingat pakcik sedara sebelah ayah kau punya university ke herghh?' . Sungguh tak bertimbang rasa. Jadinya rabu tu aku dapat visa, petang tu jugak beli tiket flight dan malam tu terus fly. Tak sempat nak buat apa. Nak request ketam masak lemak kat mak aku pun tak sempat. Amekau aku bantai 17 jam nangis dalam flight. Suami kat sebelah aku buat tak heran. Dia relax je macam takde perasaan nak jauh dengan family setahun. Siap selamba tido bantai dengkur lagi. 6 harkat. Sekali dua aku kejut lagi, dah masuk 35 kali, aku dah tak kuasa.

Aku sampai Gelasgo bulan january, which was still in winter season. Amekaw, dengan angin macam kipas helikopter, memang sejuk habes. Tapi sini memang lawa sebab bangunan dia semua pakai sandstone, so dia bagi feeling macam kota lama. Aku semangat nak cerita pasal Gelasgo ni. Next time, sebab macam banyak benda nak merapu. Takkan semua nak sumbat kat sini.

Bagi siapa siapa yang ada cita2 nak sambung master ke luar negara, specifically kalau ke UK. Ada beberapa perkara yang aku boleh share dengan engkorang.

First - jangan hesitate lansung masa menjawab soklan orang imegresen kat epot. lagi korang gagap, lagi banyak dia tnya soklan and lagi nervous korang dibuatnya. soklan paling common dia akan tnya kalau korang pakai visa student adalah seperti 'what do you study?' 'where?' and soklan2 basic yang lain. kalau soklan cmni pun korang amek masa 3minit nak pikir dan siap mintak talian hayat, memang kau tak lepas lah nak masuk UK. Terpaksa lah balik Kuala Kangsar semula.

Second - jangan takut sangat bab makan. memang kena berjaga jaga, tapi jangan lah sampai taknak beli apa2.  kalau nak beli kek, chocolate, biscuits kat supermarket, cuma check whether dia sesuai untuk vegetarian atau tak. kalau ia sesuai untuk vegetarian, dia tak contain whey powder atau barang2 yang lain daripada haiwan, maka ianya InsyaAllah ok untuk dimakan. Secondly check contain alcohol atau tak. Kalau dua2 ni settle, insyaAllah ok. Balun!

Third - Cari rumah sewa before korang sampai. lagi lagi kalau yang berkeluarga. selalunya komuniti melayu/malaysia akan ada di tiap2 negeri kat UK ni, and dorang akan tumpangkan kita untuk sehari dua dan tolong2 ayam untuk carikan rumah. Tapi sampai bila je kau nak tahan duduk rumah orang kan. Jadi cari rumah sewa awal2 dari website macam Gumtree, Zoopla, Rightmove dan arrange tarikh yang sesuai untuk viewing. Sila view dulu, jangan terus booking and bayar deposit bagai. kadang kadang advertisement kata lain, tapi keadaan rumah tak sama yang mcm dia dok gebang. jangan tunggu dah sampai UK baru sibuk nak cari. sebabnya masa ni rumah memang hot habis, student2 baru sampai memang semua sibuk la time tu nak cari rumah, maka nya kekadang agent amek kesempatan naikkan harga rumah and sebagainya. Lagi satu, terbaik kalau korang amik rumah yang double glaze window dan ada central heating. Sebabnya ada hari2 di musim sejuk, suhunya sangat lah merciless dan kalau rumah korang duduk tu singl glaze dan takde central heating, memang mendapat la korang time tu.

Forth - kalau situasi korang tak sama macam aku yang last minute ni, it is always better to be in the UK at least a week before kelas start. Sebab beza masa UK dan Malaysia adalah 7/8 jam,so awal2 sampai tu korang mesti jet lag harem punya. Aku masa sampai ritu selamba tido kol 4petang, pastu kol 3pagi perut menyalak lapar. Dah la menumpang, selamba kol 3pagi buat bising masak megi kat rumah orang. Ceh.

Fifth - Untuk orang Islam, kena diingatkan waktu solat antara masjid2 kadang2 tak sama. Benda ni crucial masa puasa lah, sebab kadang2 beza waktu imsak tu sampai 40minit. So consult dengan orang2 Islan yang dah duduk lama kat kawasan tu, waktu mana satu yang sesuai untuk di ikut.

Sixth - Kalau university atau city centre dengan rumah korang adalah bukan within walking distance dan memerlukan korang naik bas, adalah dinasihatkan beli bus pass yang valid untuk sebulan atau 2bulan period kerana ia adalah lebih menjimatkan daripada beli tiket hari2. boleh cari kat kedai2 atau boleh beli kat pakcik driver kat atas bas.

Itu jelah buat masa ni yang aku boleh ingat dan share. Semoga bermanfaat!








Sunday, 27 January 2013

Subjek Curang

Sepanjang perkenalan aku dengan kawan2 lelaki.. tak kira lah kawan sekolah ke..kawan uitm dlu ke..sampai lah kepada kawan sekerja lelaki..situasi di bawah ni selalu berlaku..

Situasi 1: 

Aku : eh cun nya awek ko. sexy plak tu.bagus2. *sambil belek2 gmbar dalam ipad si Poyo 1*
Poyo 1 : Owh dia tu..member aku yang kenalkan dia. baru 3 bulan kapel.
Aku : *masih membelek.nampak sgt ko busy body* eh eh..ni pompuan bertudung yang ko peluk neh.ni sape plak?
Poyo 1 : ooohh..dia ni lah tunang aku. yang ni stok bini. yg sexy tu stok geli2 je.

huhh?!

Situasi 2:

Poyo 2: *on the phone*. ye syg..sy OT malam ni..ada kerja banyak tak hengat ni.ok2 papehal sy call nanti. soh anak2 tido dlu k xpayah tunggu sy balik.bye.

Sumpah menipu. padahal tengah lepak kedai mamak ngn kawan2.

Selang 5 minit...phone berbunyi AGAIN

Poyo 2: hello haaa..I tengah tunggu you dtg amik lah ni..I kat kedai mamak tepi opis ni ha..cepat sket.kita nk tngok midnight movie nih.

ok fine.scandal.

yang ni stok bini..yang tu stok geli2?!
SCANDAL?

LIKE SERIOUSLY MAN.. WHO THE HELL DO YOU THINK YOU ARE?!

emm macam kasar ayat aku diatas.mungkin kalau translate bahasa melayu ayat ni tak kasar sangat.

jadinya..

SERIUS LELAKI YANG NERAKA ADAKAH ANDA BERFIKIR ANDA?!


herkkkk...hmm sorry google translate, ko fail bahasa melayu. Sila ambil paper Julai.

seriously sangatlah annoying kalau ada kawan2 yang mcm ni. nak tegur lebih2 tak boleh..tak pasal2 kena sound 'ko yakin ke tunang ko tu baekkkk sgt xde scandal?'. Fine. Baik aku diam. Tapi fikir2 lah balik..kalau isteri ko plak buat menda camtu kat luar camne? kalau tetiba awek ko bersepah scandal sekejap naik motor ngn jantan ni kejap naik keta ngn jantan lain.. kau rasa apa pulak? Treat people like the way you want to be treated. kalau rasa tak sanggup kena main, jangan mainkan perasaan orang jugak. as simple as that, dude. Karma is a bitch, only if you are.

Ada certain perempuan tak kisah..sebab dia buat benda yang sama. kot tunang dia ada scandal sorg..dia scandal pulak ngn 2 orang. Itu masing2 lah. Suka lah hati korg kalau dua2 dah sengal begitu. Tapi personally bagi aku.. I can stand other things, kecuali curang. So mari menjadi orang yang tak curang. Sekian.



Saturday, 26 January 2013

True friends are the one who never gets tired of listening to your pointless dramas over and over again.


Hell yeah.
Love you guys.