Wednesday, 28 November 2012

Ceritera Convocation

Bila bukak je facebook bersepah gambar member2 uitm meng'konvo'kan diri..semangat amek gambar beratus ratus keping buat bekalan nak tunjuk bakal suami nanti. 'I konvo degree first class honour k..bak hantaran 15ribu'.caption album pun macam2 'konvo pertama dan terakhirku', 'konvokesyen uitm ke 77', 'dimana ada kemahuan disitu ada jalan'. sebenarnya aku reka je semua caption album tu.maaf.aku menipu.

time time ni lah aku pun terfeeling skali teringat zaman konvo aku setahun yang lepas.tapi sekeping gambar pun aku malas nak upload dalam facebook sebab tertekan muka aku burn rentung hasil cuaca panas gila 42 darjah celcius kat Italy. eh italy, ko tak boleh panas lagi ke ha? Tapi walaupu tak enjoy tengok muka sendiri yang rentung, aku tetap happy tengok muka mak ayah aku yang terbang beribu miles and habis bernot2 wang kertas semata2 nak meraikan aku terima sekeping ijazah. bangga gila boleh buat diorg bangga!

convo university kat sana tak sama macam malaysia.kat sana tak sampai sejam.sebab dorang takde gamelan, ucapan vice chancellor sepanjang 14 muka surat, sambung gamelan balik. takde.semua tu takde. simple gila kau tak sempat duduk panaskan badan pun dalam dewan tu. tapi bak kata pepatah omputih, the simpler the better.

kalau ada peluang, try lah belajar university oversea. memang mencabar tapi pulangan dia pun gemilang. yes, aku balik malaysia, kerja and dapat gaji kadang2 lagi rendah dari student grad local universities. tapi aku ada sesuatu yang diorang tak ada. pengalaman.pengalaman jatuh bangun sorang2 without family, pengalaman berdikari, buat keputusan dan tanggung risiko sendiri. pengalaman kena baling water balloons dengan mat saleh racist, kena boo sebab pakai tudung. pengalaman kaki cramp tengah jalan sebab kasut masuk ice snow.pengalaman assignment dapat markah sikit sebab asik kena potong marks salah grammar.bahaha.itu memalukan.apsal aku cerita kat sini?!dah.tutup cite.

Pergh.Rindu gila lah Newcastle.

damn.rentung.

Sunday, 25 November 2012

Perempuan suka lelaki prihatin

Perempuan memang suka lelaki yang prihatin.

Atau mungkin lebih tepat..AKU suka lelaki prihatin.sebab aku perempuan.ayat sungguh minachi sekali.tapi takpe asalkan orang faham. kadang2 pegi klinik dapat doktor lelaki India yang sungguh prihatin pun boleh buat aku terharu sekejap sambil memandang kearah anak mata dia dalam2 untuk menunjukkan rasa terima kasih diatas keprihatinan dia tu.

mungkin sebab lelaki prihatin and mengambil berat tu susah nk dijumpai kat dunia. yang pernah aku jumpa sebelum ni ramainya yang prihatin mula2 je lepas tu dah malas nak amik tahu. mungkin kalau aku meninggal, dah seminggu dalam liang lahad tu baru dia dapat tau aku dah takde.bahaha.sadis.

tapi ada jugak lelaki yang memang prihatin and mengambil berat..yang jaga kekasih, tunang atau isteri tu mcm jaga diri dia sendiri atau lebih baik lagi. tapi sungguhlah annoying sebab selalunya lelaki2 prihatin mcm ni dapat plak perempuan takde perasaan and tak reti menghargai. bleghhh (-_-"). sungguh tak adil.

Kalau ada lelaki yang baca, silalah belajar prihatin walau sedikit. bukan susah pun.

Wednesday, 31 October 2012

"Friendship doubles your joy and divides your sorrows"


happy pills.

Monday, 24 September 2012

Breaking the habit

Habit OR Tabiat

Either it be bad or good, habit memang sesuatu yang susah nak dihentikan. habit aku yang paling mendatangkan kerugian adalah aku sangat suka mesej. sampai aku rasa bengang kalau orang sengaja taknak reply mesej aku. so sekarang aku ada azam atau goal atau impian..apa2 lah ayat yang korang nak guna.. aku nak kurangkan mesej. kecuali yang penting2.. sila doakan aku.


Thursday, 13 September 2012

Teori cinta monyet

People often call it 'cinta monyet '. Why do they choose 'monyet' in the first place anyway? Bukankah ' cinta tapir' atau 'cinta tenggiling' kedengaran lebih mistik dan unik? Mungkin orang yang mencipta nama 'cinta monyet' tak berapa suka dengan binatang yang bermulut muncung. Atau mungkin beliau pernah menyaksikan aksi proposal monyet jantan kepada monyet betina di hadapan mata. Pergh teori nama ' cinta monyet' lebih susah untuk dirungkai berbanding teori bagaimana Isaac Newton menemui graviti!

Cinta monyet aku bermula time aku berumur 6 tahun. Mind you, 6 tahun..bukan tahun 6. Nama jejaka bertuah itu adalah Azwan. Sungguh comel berkulit bersih, rambut kemas tersisir rapi dan selalu jadi ketua baca ikrar kat Tadika Kemas tempat aku menimba ilmu. Boleh tahan jugak taste aku masa kecik. Bahahaha.. Kitorang selalu balik tadika sesama, turun bukit curam sambil berpegangan tangan sambil nyanyi lagu hindustan. serious dude.tak tipu. Bleghh..kecil kecil lagi sudah ada scandal jalanan. Waktu ada sambutan hari ibu and sesi penyampaian hadiah tengah tahun, aku ada duet ngn dia lagu 'oh ibu' kat atas pentas. waktu nak start nyanyi tu tetiba dia rampas microphone dari tgn aku. hok aloh, tamak kuasa. Tapi aku tak kisah sangat pun time tu, kerana kasih yang amat mendalam, aku relakan je dia conquer mic tu sorang2 sedangkan aku kat sebelah umpama melukut ditepian gantang. Terasa macam watak dalam lagu Aishah.

Lepas masuk darjah 1, aku terpisah ngn Azwan. Aku masuk kelas 1, dia kelas 2. Sah aku lebih cerdik dari dia time tu. Tapi akibat daripada kecerdikan melampau aku, dia berpaling tadah ngn sorg gadis dari kelas dia nama syafinas. woih!heart broken gila!since tu aku balik kelas sorang2 je. Bila nak terpijak taik lembu tepi jalan pun dah takde orang nak selamatkan dengan menarik aku dengan pantas ke dalam dakapannya. Last2 memang pijak taik lembu tu pastu seret la kasut Bata aku tu sampai ke rumah. SADIS.

Dulu bercinta sekadar suka suka. Orang lain ada boyfriend, aku pun sibuk nak ada boyfriend. Kalau takde boyfriend terasa sungguh loser. Dengan umur sekarang, dah takde istilah 'try an error' dalam relationship. Dah seharusnya ada matlamat untuk ke arah perkahwinan. And buddies, it might sound so simple to you, 'jom kahwin'. But marriage is not always a bed of roses. there are ups and downs.

And now, I'm preparing myself.


Wednesday, 8 August 2012

Be my man, Edward Cullen.

"No measure of time with you will be long enough, but we'll start with forever" ~ Edward Cullen

I uttered this words to someone today, tapi takde response jiwang yang diterima kembali.

wakakakaka.

segan jiwang sorang2.demit.

Monday, 23 July 2012

So far so good

Some people might call it 'a waste' sebab ia akan layu dan dibuang
Some people might call it jiwang gila tahap dewata raya

As for me..
I call it 'a sign of love'





Terima Kasih I.R.I