Monday 23 April 2012

I love you Mr Cooper

Aku terjumpa filem bertajuk I Love You Beth Cooper masa tengah godek2 member aku punya external itu hari.Dan aku yang sempit akal time tu (time tu sahaja, time lain tak) terus copy, masuk external aku plak.Sambil membajetkan diri 'mesti awek dalam cita ni drive Mini Cooper jugak.sebab tu tajuk dia camni'.Padahal sebenarnya Beth Cooper tu nama orang.Memang sempit akal (di ulang, time tu sahaja).

Takpelah dia tak drive mini cooper pun, at least muka heroin dia iras2 aku sikit.hahaha.berambus.
Tanggal 20 Disember 2004 adalah antara tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku.sebab aku dapat lesen.kahkah.ingatkan sebab jejaka idaman propose ke ape.ces.mula2 aku terasa amatlah machonya dapat lesen P dan memandu kereta pinjam dari abang aku lalu bawak ke tempat latihan praktikal kat seksyen 9.adalah dalam beberapa hari bertahan kemachoan aku tu.lepas tu ada skali nak balik kerja kena honk ngan kereta Honda Civic.ok..HONDA CIVIC ya rakan rakan..kereta idaman aku sejak 7 bulan dalam kandungan lagi.lepas tu terus tak macho lansung dan aku tak drive kereta dalam masa 4 tahun selepas kejadian tu.4 TAHUN bro.bukan 4 hari.hebat kan trauma aku?(-_-")

Titik permulaan aku drive semula kereta adalah tahun 2010.bila aku balik cuti summer ke Malaysia dan ada kereta ini di halaman rumah.



Ok..sorry.I can't resist this!terpaksa berani drive sekarang!Kalau Honda Civic tu kereta idaman aku dari 7bulan dalam kandungan, aku rasa Mini Cooper ni dari zaman sperma lagi aku dah minat kot.pergh, begitu sekali perumpamaan.Lebih kurang time sperm tu berenang2 dia dah tanamkan tekad, 'aku kena berjaya bersatu dgn ovum, dah jadi orang nanti nak drive Mini Cooper!'.haha.bengong gila cerita.

After a year drive Mr Cooper, aku rasa aku taknak dah kereta lain dah.kau bagi porsche cayyene turbo pun aku rasa aku tolak.

Tapi langit tak selalunya cerah, pergh dah start bait2 puitis aku..Encik Cooper jatuh sakit minggu lepas, tiba2 stop kat tengah jalan and cost merawat dia sama mahal macam kau buat surgery kat hospital.4 bulan gaji gua woihh.tragis sungguh..isk..and ayah aku dah decide untuk jual beliau, si kacak itu..Damn.4 hari 4 malam dah aku nanges.

To Encik Cooper,

you are one of the best thing that I have ever own in life.ini lagu untukmu..'ku hapuskan air mata dari mengiringi kesengsaraan mengharung perpisahan ini..ku pujuk jiwa nestapa..pendamkanlah duka..pasrah pada lara ketentuan ini'.amek kau, lagu ramlah ram aku bagi.

knowing that he will no longer be mine after this breaks my heart.

9 comments:

  1. OMG! Erna layan lagu kak Melah. iols taksangka. haha. tetiba aku plak gedik kan.

    takpela Erna, nnt beli je Honda Civic. bak kata Alyah: yang patah tumbuh, hilangkan berganti. mana tau jatuh hati syg kat keta baru plak.

    :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..faveret aku kot lagu tu!haha..kau suka gak ke?

      isk..sedih aku nizam..ini adalah perpisahan paling perit pernah aku lalui.pergh poyo.haha.

      Delete
  2. ciumkan seat belakang untuk aku...walaupon hanya secebis memori bersamanya...aku tetap terasa akan bakal pemergiannya. nak nangis kat bantal tersedu sedan ala2 kegedikan kau lah...sobs


    yang senantiasa mengutuk kau,
    mek non

    ReplyDelete
    Replies
    1. woih..jangan kutuk aku kt sini..kt fb ok lg..secebis memori kata kauu..tension aku membacanya..

      Delete
  3. tak sempat nak naik pun cooper ni...dulu ade orang janji nak bawak naik... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh sempat lagiii....cepat ajak mrs fiancée!

      Delete
  4. enaaa..aku dh follow blog ko..hehehe btw terkezut aku bace entry ko...huuu xpe...mungkin jodoh ko xlama dgn mr cooper....hehehe kete baru bakal menyusul...:D

    ReplyDelete
  5. ish ish. . .sob,sob,sob. .

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete