Thursday 13 September 2012

Teori cinta monyet

People often call it 'cinta monyet '. Why do they choose 'monyet' in the first place anyway? Bukankah ' cinta tapir' atau 'cinta tenggiling' kedengaran lebih mistik dan unik? Mungkin orang yang mencipta nama 'cinta monyet' tak berapa suka dengan binatang yang bermulut muncung. Atau mungkin beliau pernah menyaksikan aksi proposal monyet jantan kepada monyet betina di hadapan mata. Pergh teori nama ' cinta monyet' lebih susah untuk dirungkai berbanding teori bagaimana Isaac Newton menemui graviti!

Cinta monyet aku bermula time aku berumur 6 tahun. Mind you, 6 tahun..bukan tahun 6. Nama jejaka bertuah itu adalah Azwan. Sungguh comel berkulit bersih, rambut kemas tersisir rapi dan selalu jadi ketua baca ikrar kat Tadika Kemas tempat aku menimba ilmu. Boleh tahan jugak taste aku masa kecik. Bahahaha.. Kitorang selalu balik tadika sesama, turun bukit curam sambil berpegangan tangan sambil nyanyi lagu hindustan. serious dude.tak tipu. Bleghh..kecil kecil lagi sudah ada scandal jalanan. Waktu ada sambutan hari ibu and sesi penyampaian hadiah tengah tahun, aku ada duet ngn dia lagu 'oh ibu' kat atas pentas. waktu nak start nyanyi tu tetiba dia rampas microphone dari tgn aku. hok aloh, tamak kuasa. Tapi aku tak kisah sangat pun time tu, kerana kasih yang amat mendalam, aku relakan je dia conquer mic tu sorang2 sedangkan aku kat sebelah umpama melukut ditepian gantang. Terasa macam watak dalam lagu Aishah.

Lepas masuk darjah 1, aku terpisah ngn Azwan. Aku masuk kelas 1, dia kelas 2. Sah aku lebih cerdik dari dia time tu. Tapi akibat daripada kecerdikan melampau aku, dia berpaling tadah ngn sorg gadis dari kelas dia nama syafinas. woih!heart broken gila!since tu aku balik kelas sorang2 je. Bila nak terpijak taik lembu tepi jalan pun dah takde orang nak selamatkan dengan menarik aku dengan pantas ke dalam dakapannya. Last2 memang pijak taik lembu tu pastu seret la kasut Bata aku tu sampai ke rumah. SADIS.

Dulu bercinta sekadar suka suka. Orang lain ada boyfriend, aku pun sibuk nak ada boyfriend. Kalau takde boyfriend terasa sungguh loser. Dengan umur sekarang, dah takde istilah 'try an error' dalam relationship. Dah seharusnya ada matlamat untuk ke arah perkahwinan. And buddies, it might sound so simple to you, 'jom kahwin'. But marriage is not always a bed of roses. there are ups and downs.

And now, I'm preparing myself.


4 comments:

  1. mane gmbr bunge so far so good sequel? hehehe!! btw, aku slalu update dkt blog ni skrg. http://bridezillame.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh.cool.bunga tu soon akan masuk carta.haha..

      Delete
  2. Kenapa gambar seseorang dlm gambar kat atas tu kabur, tetapi gambar bunga tiruan tu clear? letok le gambo yg clear,huhuhu..

    ReplyDelete
  3. hehehe...gambar yang clear time kawen la along.kuikuikui..

    ReplyDelete