Friday, 19 August 2011

10 pesanan Imam Syafie

Pesan Imam Syafie dengan katanya : Barang siapa hendak keluar dari dunia ini denagn selamat hendaklah bersungguh sungguh pada mengerjakan 10 perkara..

1. Pada Malaikat Izrail
  • Taubat dari segala dosa
  • Menyukakan hati orang mukmin
  • Qada' amalan yang ditinggalkan
  • Berahi pada Allah SWT
2. Pada kubur
  • Meninggalkan mengumpat
  • Meninggalkan dengki
  • Meninggalkan emas dan perak
  • Suci dari dua qada' hajat
3. Pada Mungkar Nakir
  • Mengucap dua kalimah Syahadah
  • Memberi sedekah
  • Berkata kata dengan perkara sebenar
  • Membaik segala hati mukmin
4. Pada Timbangan
  • Belajar atau mengajar
  • Suci perkataan dan pakaian
  • Syukur dengan nikmat
  • Redha dengan Allah
5. Pada Suratan
  • Jangan berbanyak kata perkataan yang sia-sia
  • Pendekkan cita - cita
  • Memperbanyakkan puji pada Allah
  • Membanyakkan sedekah
6. Pada Titian Sirat
  • Berkasihan dengan sahabat
  • Berbuat bakti pada ibu bapa
  • berpegang kepada perkataan syarak
  • Membaik perkataan kepada makhluk
7. Pada neraka
  • Membaca Al Quran
  • Menangis dengan dosa yang lalu
  • Meninggalkan maksiat
  • Jauh perkara yang haram
8. Pada Syurga
  • Mengerjakan kebajikan
  • Kasih wali Allah
  • Mengerjakan suruhan tuhan
  • Merendah diri pada makhluk 
9. Pada Nabi
  • Kasih akan Nabi
  • Kasih akan Allah
  • Berselawat
  • Melakukan sesuatu yang fardu
10. Pada Allah
  • Menyerah diri pada Allah
  • Melarang perbuatan haram
  • Beriktikad yang baik baik
  • Benci akan yang haram-haram

No comments:

Post a Comment