Thursday, 8 September 2011

Tips mengorat mak mertua

Sebelum ape2, aku tegaskan disini..aku belum berkahwin.makna kata ini semua belum pernah pun aku cuba and praktikkan.tapi ini lah antara benda yang kita boleh buat untuk menghappykan mak mertua kita (pada pandangan aku lah).cewah!dan perlulah korang tau, manusia tu lain2..so tips2 ni mungkin tak berjalan lancar dengan mak mertua korang.apa2 pun.good luck lah bro.eh kenapa bro?silap.good luck lah sis.

1.Ringan tangan

Ringan tangan maksud aku kat sini rajin menolong lah.bukan ringan tangan mencepuk orang pulak.tak pasal2 kau pulak dapat penerajang free tanpa syarat dari mak mertua kau.Even kau tak tau buat kerja sekalipun sebab dulu sume orang gaji mak mah kau yang buat, buat2 je semangat nak tolong.tunjukkan lah effort sket sis.kalau dia nampak semangat kau nak belajar pun dia dah cukup sejuk hati dah.Jangan plak kau tengok mak mertua kau siang ikan kau plak buat selamba baca paper.kecik hati dia nanti.kalau ada sesetengah mak mertua plak tak suke orang kacau dia kat dapur, dia suka buat kerja sorang2.kalau yang itu, kau gi lah buat keje lain, sapu laman ke, vacuum umah ke.koman2 pun buat2 siram bunga.huhu.Siapa tak suka orang rajin weh, kau tanya mane2 mak mertua pun, mesti nak yang rajin menolong punyalah!lagi2 kalau kau g kenduri sedara mara..kot orang tanya 'menantu siapa tu?rajin ya..'.heh!mau tak kembang mak mertua kau!mau die belanja emas 916 kat kau time balik tu.

2.Pandai amek hati

Bab pandai amek hati ni banyak kategori.macam2 lah kau boleh buat nak amek hati die, bukan nak mengampu supaya kau dapat title menantu favourite.. tapi untuk senangkan hati dia, bagi da happy.dapat pahala free2 der. benda paling senang nak buat, tanpa perlu ada skill luar biasa is cakap baik2 dengan dia, kalau bengang sebab dia asik complaint pun control beb.suara lembut kena maintain walaupun tangan dah naik parkinson menggigil2 sebab dia tak berhenti membebel sejak 27 minit yang lepas.selain tuh, nak amik hati lebih sikit beli lah hadiah time2 istimewa utk dia..besday ke..anniversary ke 40tahun ke..paling koman pun belanja makan cukuppp..kalau kau tengah sengkek tengah2 bulan takleh nak ajak makan luar hatta kedai mamak sekalipun, kau try ajak dia makan umah kau.pergh!itu lagi tangkap leleh!confirm mak mertua kau kenang sampai cicit ke 18!haaa lagi satu, sebab dah kelaziman seorang wanita and termaktub sudah yang mak mertua kau confirm perempuan, dia mesti, pasti, harus suka SHOPPING.heh!sabtu ahad kau tak kerja tu try usung dia skali pegi shopping tengok...mesti bersinar2 wajah dia ibarat baru lepas facial.ceh.takde kaitan.

3.Pandai jaga anak dia

Dah nama seorang mak..mesti sampai ke tua pun dia care pasal anak2 dia.Dan atas dasar itu lah dia nak tengok jugak isteri kepada anak dia ni jaga anak dia macamane dia jaga anak dia waktu dorang masih bujang, atau lebih baik lagi dari yang dia jaga dulu.eh berapa banyak perkataan 'anak dia' daa dalam ayat aku ni.takpe abaikan.yang penting mesej yang aku cuba sampaikan tu dapat difahami manusia sejagat.

4.Pandai bawak diri

Kata orang bila berkahwin ni kita bukan kahwin ngn boyfriend kita tu je..tapi dengan seluruh ahli keluarga dia.yelah, confirm lah raya kau kena balik kampung suami kau, kena jumpa sedara mara dia..takpun diorang ke bertandang ke rumah..so dalam keadaan2 masa ni lah kita kena pandai bawak diri..takkan nak terperuk sorang2 dok bilik..atau nak ikut je laki kau ke hulu ke hilir.nak taknak kena bercampur jugak ngan pakcik makcik dia..dalam pada tu kena gak lah kau jaga tatasusila kau supaya tak menjatuhkan air muka suami kau dan ayah n mak mertua kau.heh!ingat senang ke kahwen?susah tau!tak pasal2 aku ter'demotivated' untuk berkahwin.

5.Hormat

Yang ni aku rasa semua pun tau.hormat tu wajib!sebab dia dah macam mak kau sendiri..kalau kau derhaka pada dia, dosanya sama seperti kau derhaka pada mak kandung kau sendiri.perghh..berat tuh..

6. Ke dapur sebelum dia ke dapur

Kata makcik2 aku time aku balik kampung dulu, 'perempuan kalau belajar tinggi mana pun MESTI turun ke dapur'.haih..ingat belajar oversea leh dapat pengecualian.heheh.dalam usaha kau nak mengorat mak mertua kau ni, apa kata kau cuba turun ke dapur before dia turun.kalau selalu dia yang tentukan nak masak ape..satu hari tu kau pulak yang tentukan nak masak apa..siapkan bahan2 semua.aku ade instinct yang kuat mak mertua kau mesti suka.cewah!macam fortune teller.

7.Bangun pagi sbelum dia bangun!

pergh!yang ini memang payah!untuk aku lah.haha.yang suka bangun tinggi hari (macam aku) memang payah sikit nak mengamalkan perkara ini.lagi2 wanita2 yang bekerja sekarang..hari2 cuti lah waktu nak berdengkur sampai zohor.tapi seriously, tengok kajian aku terhadap makcik2 kat kampung, diorang memang suka kalau anak menantu bangun lebih awal dari diorang.bangun pepagi jerang air nak buat kopi..bancuh cekodok..fuh.memang senyum lebor je dorang bangun2 pagi tuh.happy bebenor le tu.

adakah korang yang baca ni rasa tertekan?ada yang rasa mcm malas nk kahwen?hehe..jangan doh.ini aku bagi contoh je.aku pun belum tentu dapat buat pun apa yang aku tulis kat atas ni.kita pun manusia biasa.yang Allah ciptakan memang penuh dengan kekurangan.tapi nak berubah ke arah lebih baik tu bgus bro.so marilah kita sama2 try an error.

akhir kata, selamat mengorat mak mertua anda.

4 comments:

  1. hahahahahaha na akak terhibur! lawak lah. boleh imagine awak masa baca ni. awak byk pengalaman dgn kakak2 ipar, boleh share macam2 kan~ hehe. nice!

    amni.

    ReplyDelete
  2. kakak2 ipar saya skrg gempak2 kak.kini menjadi idola.lagi2 bab jaga anak.huhu.

    ReplyDelete
  3. Mcm dah terbau nasik minyak jek nii.. Ena ada bau x? Huhuhu

    ReplyDelete
  4. na.. ak xyah susah payah da.. haha.. LOL~ just kidding.. ;p

    ReplyDelete