Friday 9 September 2011

Pesanan untuk jejaka.

Macam tajuk lagu plak dah tajuk entri aku ni.ala2 tajuk lagu Spring, 'Pesanan untuk kekasih'.heheh.sebenarnya kali ni aku menulis bagi pihak kaum wanita yang pemalu dan penyegan untuk berterus terang kepada kaum lelaki di dlm hidup mereka.cewah.padahal aku tulis sbb aku nak bg hint kt boyfriend sendiri.heheh.

Wahai kaum jejaka,
 tak kisahlah boyfriend, tunang atau suami kepada kaum2 wanita..
sedarlah bahawa..
kami memerlukan sesuatu yang lebih dari cinta semata mata.

heh.aku memang tak pasal suka berpantun ditengah2 perenggan.tapi tak kisahlah.asalkan pantun tu mcm sedap didengar.

tak dapat nak dinafikan cinta tu memang penting untuk wanita rasa dihargai and disayangi.penting jugak untuk die rasa bahagia and seterusnya ikhlas berkhidmat untuk suami and jaga keharmonian rumah tangga dia.tapi bro..sekali sekala bagi lebih sikitlah..ikut pandangan aku yang tak berapa nak power sangat bab2 ni tapi poyo jugak nak mengutarakan idea2 kurang bernas tapi masih boleh diguna pakai, ada beberapa benda yang boleh buat sorang wanita tu rasa lebih disayangi..

1. Cenderahati

Memang tak dapat eden nafikan, pompuan memang suke hadiah weih.bukan materialistik, tapi kami dikurniakan 9 nafsu yang nak macam2.so bila dapat hadiah, lagi2 yang memang di idam2kan..memang terasa lengkap lah hidup pompuan ni untuk seminit dua..kitorang tak mintak kereta bro, juga bukan rumah 3 tingkat berserta lif dan kolam renang.kalau korang bagi bunga sekuntum pun dah cukup tacing.tak pun bagi frame and letak gambar korang berdua dlm frame tu.dah cukup buat pompuan happy sampai dia masak 4-5 lauk kegemaran korang untuk hari tu.kalau ade duit lebih sikit bagi lah yang mahal2 sikit..handbag ke, jam ke.gaji kau beribu2, tak kan seratus dua nak berkira ngn bini kot..kalau kau berkira jugak, kau memang tak best.

2. Surprise

Dapat surprise memang best dol.tak payah grand2 tahap kau buat firework tulis I Love You bagai.cukup takat tibe2 letak sticky note dalam handbag die ke.tak pun tulis surat pastu pos ke alamat umah dia.bukan susah pun.tekan button handphone beribu2 kali sehari tak penat pulak kau kan..nak bagi surat 1 perenggan takkan dah penat kot.tak pun kau letak ticket flight percutian untuk korang berdua dalam boot kereta dia pastu suruh dia cari konon2 barang kau tertinggal dalam tu ke..tak pun kau call soh die datang restaurant pastu kau dah tunggu kat situ bersama sejambak bunga dan bila kau angkat tangan sebelah kanan, lagu2 indah pun mula didendangkan oleh pekerja2 di restaurant itu.wah..sungguh indah.kenapa aku macam berada di dalam cerita korea ni?sila balik ke alam realiti erna.ini semua contoh sahaja.

3. Dating

Untuk yang tengah bercinta memang korang dating jelah memanjang kan.tak payah tipu aku.tapi bagi yang dah kawen tu, dengan anak2 lagi, memang istilah dating tu dah lame luput dari ingatan lah.ape kata amik masa berdua sahaja, hantar anak2 bagi orang jaga untuk 1 hari, ulang semula apa yang pernah korang buat masa bercinta dulu..tengok wayang ke, lepak2 mamak ke, karaoke ke..apa2 sahaja lah.mesti kaum2 isteri tu happy gile punye bro.lagi2 kitorang dah penat hari2 buat kerja rumah, dengan jaga anak2 lagi, kerja office lagi..ce ajak dating berdua skali skala..mesti takkan tolak punyelah!

4. Kata2 cinta

ada sesetengah perempuan ni tak cukup hanya dengan kau layan dia baik, jaga hati dia, belanja dia makan..tak cukup. Dia akan still rasa ragu2, even korang dah bercinta 10 tahun sekalipun, dia still nak confirmation dari mulut korang sendiri. dia suka dibelai dengan kata2 cinta. eh terasa jiwang pula.huhu.tak susah pun bang, kalau kau pun sayang dia, ape yang susah sangat nak ucap2 kata jiwang sekali sekala.tak payah lah jiwang tahap 'wahai adinda..'.. itu aku pun muntah kalau dengar.cukup lah takat kau cubit pipi montel awek kau sambil kata 'sayang awak sangat si montel'. aiceh.itu pun dah cukup buat awek montel kau bertambah montel dua kali ganda untuk seketika.

5. Pujian

Pujian ngan wanita tak dapat dipisahkan bro!kau pun dah tengok awek pakai cantik2 lip lap dari atas sampai bawah, puji lah sikit.bagi lah credit dia bercantik2 untuk tatapan mata kau.kot dia masak sedap ke hari tu, sambil tambah nasik kat pinggan untuk kali kelapan tu, puji sket. 'sedap ayang masak hari ni.'. fuh!tacing wei kaum wanita.tacing2..mesti dia rasa nak masak 14 kali ganda lagi grand untuk hari keesokannya.ini dia dah berpenat lelah sampai semput2 kat dapur, bila dia tanya 'sedap tak bang?', kau pun jawab ala kadar 'bolehlah..'..jangan salahkan dia kalau esok kau makan nasik bungkus je.heh!

Itu jelah buat masa neh aku rasa.nak baca panjang berjela kang pening kau orang.semoga berjaya semua.zassss....(berlalu pergi dengan sungguh laju ibarat mr incredible).ok merepek dah.bai.

1 comment: