Sunday 14 August 2011

Friends are Friends.NOT FOOD.

Selalu dengar pasal kawan makan kawan?

Sebab duit, perempuan, pangkat dan kebendaan

Cubalah weh fikir fikirkan

Kawan adalah kawan

Bukan makanan!


Amat amat lah aku beryukur.sepanjang hidup 23 tahun ni aku belum pernah lagi jumpa 'kawan makan kawan' atau bahasa inggerisnya betrayer.semuanya kawan yg betul2 kawan.yang ada time sakit dan perit, ada jugak diwaktu gembira dan ketawa.dan bersyukur jugaklah, sebab mulut aku yang pot pet bising tak tentu arah ni, ada gak yang sudi berkawan ngan aku.

penting weh kawan2 ni.tapi jangan kawan2 yang pegi racun kau g buat bukan2 plak.itu bukan kawan name die dey.bak kata abang aku, tak kisah kawan kau tu pencuri ke, hisap dadah ke, asalkan dia tak ajak kau buat menda bukan2 tu, jangan buang dia sebagai kawan kau..tapi dalam pada tu, berpada lah jugak.kalau dia dah dok serumah ngan kau pastu tetiap minggu curik duit singgit kau dalam tabung takleh jadi jugak.kalau seminggu curik singgit, sebulan dah 4inggit..sampai bila nak penuh tabung kau?

apa apa pun, pesanan dari penaja..hargai kawan2 yang hargai kau.yang sedia nak tolong ketika susah, yang gembira bila tengok kau ketawa.sila jauhi diri dari kaum yang menyemak datang bila kau senang and cabut bila kau susah.takde istilah 'friend with benefits 'kat sini.Berambus!

Friends 'without' benefits.LOL.
Eiza Abdullah.yep.sahabat aku yang ada waktu susah and senang.cuma aku yang jarang ada bile die susah.kesetiaan die leh dilihat dengan kesanggupan mencium muka aku.LOL.x plan pn wei die nk cium aku.terkezut2.


zaman kanak2 punya sahabat.terasa manja aku dikala ini.

apsal muka masing2 macam tak sedia?huhu.yeah.ini sahabat2 aku kat uk.
yang tolong pinjamkan bahu untuk nangis sob3 bila homesick, bila gaduh ngn boyfriend, bagi pinjam baju bila semua baju tak basuh.LOL.bagi kredit bile topup dah habis.teman pegi klinik bila sakit perut.dan inilah jugak family terdekat di bumi asing itu.you guys rock.

ini geng 'kerana mulut badan binasa' sebab masing2 ayat memang nak pedas je.yang tengah tu rajin masak and rajin menghantar ke umah kitorang.time kasih adik kecik.
sahabat aku dari umur 13 tahun!oh yeah.memang best.memang sekepala.memang gila.
Izatul Nadira.pen pal aku.yang tak pernah kenal, tak pernah jumpa.tapi aku yakin die sincere orangnya.sempoi and sekepala jugak.cuma dia ayu, aku pulak kayu.heh!old school gile gua beb!ade penpal lg zaman2 teknologi neh.korang ade?hehe..

comel pose kau kak ain.tapi tak dapat kalahkan kemachoan aku.sorry.dia nih cukup setia.sanggup bangun tidur and berpanas berhujan untuk aku.sanggup meredah malam kelam semata2 nak hantar aku dengan selamat.kak ain, kau memang star!
geng paling sempoi penah aku jumpa.memang tak dok diam bila ngn dorang.geng gossip.geng kaki gaduh.geng kutuk orang.geng sarcastic.sume korang lah!



Nak letak semua orang kat sini memang taklah..ade jugak kawan2 rapat yang aku tak de gambar dorang.ape2 pun, kata pepatah orang2 tua, berkawan biar beribu, bercinta biar satu!eh..takde kaitan.LOL.



3 comments: