Tuesday 30 September 2014

January, 2014.

Selasa, 21st January 2014

Bertalu talu bunyi whatsapp aku. tak benti benti. Almaklumlah Malaysia 12 tengahari, orang tengah melayan lapar nak tunggu lunch. Berkat semangat busy body aku ni, aku pun gagahkan mata and bukak fon. Nak jugak tau topik ape yang hangat sangat ni. Apekah Amerika syarikat dilanggar todak seperti Singapura berpuluh tahun dahulu? Satu satu ayat aku baca sekilas pandang, dan hipotesis US dilanggar todak tadi nampaknya tak tepat. Dalam berjela2 ayat tu, aku dapat tangkap 1 ayat yang paling pedepoww sekali. 1 ayat je, yang mata aku terus segar. "korang suami aku dah takde, korang tolong sedekahkan fatihah". Aku terkaku terus. Tangan tak bergerak, mata tak berkelip, 'biar benar', tu je aku mampu cakap, itu pun dalam hati. Dalam 5minit jugak la aku terdiam gitu je, takde perasaan. Suami aku bangun tanya apehal. 'Suami zira dah takde', tu je aku jawab and time tu baru aku sedar 'this is no joke man. this is real.' Terus ayaq mata meleleh tak hengat, selebat embun winter kat bumi glasgow ni. 

Dalam keadaan jet lag pukul 5 pagi, aku angkat wudhu, solat sunat and sedekahkan Yassin. Tak mampu ape dah. nak reply whatsapp pun takleh pikir ayat. Allah Allah Allah, tu je aku ulang ulang dalam hati. Dah rasa macam konfiden sikit baru aku atur ayat satu satu untuk sahabat aku ni, bagi ayat yang konon konon nak bagi dia kekuatan. Dalam pat ploh kali jugak aku type-delete type delete. Selain berdoa supaya dia diberi kekuatan, aku juga berdoa semoga aku diberi kepetahan untuk keluarkan kata2 yang mampu meredakan kesedihan dia. Tapi aku tahu, sepatah pun tidak. Apa je yang ada untuk kau cakap pada someone yang kehilangan orang tersayang? Tak ada apa. Nothing~Period. 

Dah Allah janjikan, yang hidup pasti akan mati. Tapi kita jarang jarang sekali bersedia, sampailah ia terjadi dalam lingkungan orang orang terdekat. Dah Allah janjikan, 'yang paling dekat dengan kamu adalah kematian', tapi jarang jarang sekali kita jaga amalan, seolah olah mati tu boleh tunggu sampai Malaysia capai wawasan 2020 6tahun lagi. 

Kematian tu satu pengajaran insaf terhebat, malangnya kita manusia, bersedih cuma seminit dua, menangis sebulan dua, insaf sesaat dua, and that's it. Kita ni semua manusia alpa, jom lah start beringat sama sama. 

Buat sahabat aku, H.A Minhat, doa untuk kau terbentang sentiasa, moga moga Allah hilangkan semua duka. 

Buatmu sahabat, Ahmad A.H Yaacob, Alfatihah. 
Jumpa di syurga, moga moga aku juga layak ke sana.

No comments:

Post a Comment