Friday 26 September 2014

Satu tahun kemudian.

Kata orang, banyak perkara boleh berubah dalam sesaat. Accident selalunya berlaku in a matter of seconds, talak dijatuhkan sang suami kepada isteri terjadi in a blink of an eye, jatuh cinta kadangkala terjadi dalam tempat2 tak boleh diharap (we fall in love in a hopeless place bak kata Rihanna) in a matter of 2 minutes. Itu dalam jangka masa 1 saat hingga ke dua minit, Kalau setahun? Dah boleh beranak pinak dalam masa setahun kau tahu!

Post pertama selepas setahun nampaknya lebih menjurus kepada marah kat diri sendiri sebab being pemalas harem untuk update even sepatah ayat dalam blog. Apekah kenerakaan ini? (what the hell is this?). Ceyyy..mentang2 berada di Glasgow sekarang, semua pun nak translate English. Hikhikhik.

Ya. Banyak perkara major yang berubah dalam hidup aku selepas setahun.I got married. I further my study in Msc in Geomatics and Management in University of Glasgow. Aku dianugerahkan thesis terbaik. Aku dah terer skiing. Dan aku dapat offer untuk berkerja dengan Fugro, salah sebuah company global yang best. Yeah.Life has been good. Alhamdulillah.

Well, scratch the last three sentences, Dua ayat pertama je yang serious. Yang lain tu angan angan sahaja. Kwangkwangkwang. Walaubagaimanapun, kalau jadi betul betul pun cantek jugak.

Cerita majlis kahwin dah hampir tak valid untuk dipersembahkan kat sini. Belum ada mood nak gebang. Next time, maybe.

Plan sambung master tak disambut dengan keterujaan pun pada awalnya. Aku cuma macam cakap kosong 'nak sambung master ah kat UK. pastu boleh jalan kat Europe.. Pastu boleh sambut anniversary kat Paris bajet rozita che wan pastu boleh bla.. bla.. bla.. '. Nampak sangat kau sebenarnya nak berjalan kan, bukan sepenuh hati nak belajar. Tapi kalau dah nama rezeki Allah nak bagi.. angan2 paling mat jenin sekali pun tertunai juga. Tapi memang preparation last minute sangat lah dan aku pun dah missed seminggu kelas.Aku siap dapat warning by email berbunyi begini 'kalau by Friday ngko tak sampai, baik ngko datang semester depan, ngko ingat pakcik sedara sebelah ayah kau punya university ke herghh?' . Sungguh tak bertimbang rasa. Jadinya rabu tu aku dapat visa, petang tu jugak beli tiket flight dan malam tu terus fly. Tak sempat nak buat apa. Nak request ketam masak lemak kat mak aku pun tak sempat. Amekau aku bantai 17 jam nangis dalam flight. Suami kat sebelah aku buat tak heran. Dia relax je macam takde perasaan nak jauh dengan family setahun. Siap selamba tido bantai dengkur lagi. 6 harkat. Sekali dua aku kejut lagi, dah masuk 35 kali, aku dah tak kuasa.

Aku sampai Gelasgo bulan january, which was still in winter season. Amekaw, dengan angin macam kipas helikopter, memang sejuk habes. Tapi sini memang lawa sebab bangunan dia semua pakai sandstone, so dia bagi feeling macam kota lama. Aku semangat nak cerita pasal Gelasgo ni. Next time, sebab macam banyak benda nak merapu. Takkan semua nak sumbat kat sini.

Bagi siapa siapa yang ada cita2 nak sambung master ke luar negara, specifically kalau ke UK. Ada beberapa perkara yang aku boleh share dengan engkorang.

First - jangan hesitate lansung masa menjawab soklan orang imegresen kat epot. lagi korang gagap, lagi banyak dia tnya soklan and lagi nervous korang dibuatnya. soklan paling common dia akan tnya kalau korang pakai visa student adalah seperti 'what do you study?' 'where?' and soklan2 basic yang lain. kalau soklan cmni pun korang amek masa 3minit nak pikir dan siap mintak talian hayat, memang kau tak lepas lah nak masuk UK. Terpaksa lah balik Kuala Kangsar semula.

Second - jangan takut sangat bab makan. memang kena berjaga jaga, tapi jangan lah sampai taknak beli apa2.  kalau nak beli kek, chocolate, biscuits kat supermarket, cuma check whether dia sesuai untuk vegetarian atau tak. kalau ia sesuai untuk vegetarian, dia tak contain whey powder atau barang2 yang lain daripada haiwan, maka ianya InsyaAllah ok untuk dimakan. Secondly check contain alcohol atau tak. Kalau dua2 ni settle, insyaAllah ok. Balun!

Third - Cari rumah sewa before korang sampai. lagi lagi kalau yang berkeluarga. selalunya komuniti melayu/malaysia akan ada di tiap2 negeri kat UK ni, and dorang akan tumpangkan kita untuk sehari dua dan tolong2 ayam untuk carikan rumah. Tapi sampai bila je kau nak tahan duduk rumah orang kan. Jadi cari rumah sewa awal2 dari website macam Gumtree, Zoopla, Rightmove dan arrange tarikh yang sesuai untuk viewing. Sila view dulu, jangan terus booking and bayar deposit bagai. kadang kadang advertisement kata lain, tapi keadaan rumah tak sama yang mcm dia dok gebang. jangan tunggu dah sampai UK baru sibuk nak cari. sebabnya masa ni rumah memang hot habis, student2 baru sampai memang semua sibuk la time tu nak cari rumah, maka nya kekadang agent amek kesempatan naikkan harga rumah and sebagainya. Lagi satu, terbaik kalau korang amik rumah yang double glaze window dan ada central heating. Sebabnya ada hari2 di musim sejuk, suhunya sangat lah merciless dan kalau rumah korang duduk tu singl glaze dan takde central heating, memang mendapat la korang time tu.

Forth - kalau situasi korang tak sama macam aku yang last minute ni, it is always better to be in the UK at least a week before kelas start. Sebab beza masa UK dan Malaysia adalah 7/8 jam,so awal2 sampai tu korang mesti jet lag harem punya. Aku masa sampai ritu selamba tido kol 4petang, pastu kol 3pagi perut menyalak lapar. Dah la menumpang, selamba kol 3pagi buat bising masak megi kat rumah orang. Ceh.

Fifth - Untuk orang Islam, kena diingatkan waktu solat antara masjid2 kadang2 tak sama. Benda ni crucial masa puasa lah, sebab kadang2 beza waktu imsak tu sampai 40minit. So consult dengan orang2 Islan yang dah duduk lama kat kawasan tu, waktu mana satu yang sesuai untuk di ikut.

Sixth - Kalau university atau city centre dengan rumah korang adalah bukan within walking distance dan memerlukan korang naik bas, adalah dinasihatkan beli bus pass yang valid untuk sebulan atau 2bulan period kerana ia adalah lebih menjimatkan daripada beli tiket hari2. boleh cari kat kedai2 atau boleh beli kat pakcik driver kat atas bas.

Itu jelah buat masa ni yang aku boleh ingat dan share. Semoga bermanfaat!








2 comments:

  1. Kenapa x ckp yg kakak dah gemuk

    ReplyDelete
  2. sebab kakak dah kembali kurus. adik jangan coba coba hendak menyamarkan diri sebagai director.

    ReplyDelete